Suami cuma nak makan lauk baru masak, bila panaskan masakan ‘frozen’ terus dilempar ke lantai sampai menangis isteri

Oleh MAISARAH AISYA

Toleransi antara suami dan isteri sangat penting dalam sebuah perkahwinan apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang memerlukan kedua ibu bapa bekerja.

Ada sesetengah individu yang tidak suka masakan yang dipanaskan atau reheat kerana dididik untuk makan lauk baru setiap hari.

Namun janganlah sampai lauk tersebut dibuang sedangkan isteri sudah bersusah payah masak untuk anda dan keluarga.

Seorang peguam syarie, Kheyr Hameed berkongsi kisah seorang wanita yang berkongsi nasib sama dengannya.

“Cakap pasal lauk reheat atau orang melayu kata, lauk perangat semalam, kelmarin punya. Percaya tak? Ada keluarga yang pantang lauk perangat ni.

Ya, ianya jadi macam tradisi tok nenek, pastu turun ke mak ayah, pastu ke anak cucu.

Pernah ada yang datang kepada aku dan bercerita tentang beban yang dia rasa sampai asyik bergaduh dan jejaskan rumahtangga, bergaduh sebab ‘lauk semalam’.

Awal rumahtangga dia boleh kawal lagi. Belum ada anak. Sabtu Ahad, dia sediakan bahan-bahan masak. Hari bekerja, dia cepat-cepat memasak.

Tapi masuk tahun ke enam, dengan tiga orang anak, dia tak boleh tahan. Tak larat. Husband tak nak toleransi.

Dia buat lauk awal dan sejukkan, mengamuk suami dia. Bayangkan pagi-pagi kena siapkan sarapan dan keperluan anak-anak ke sekolah dan nursery.

Bergaduh besar sebab lauk frozen. Suami dia balik rumah mak ayah. Dia nangis kat dapur, bersihkan lauk yang suami dia campak ke lantai.

Budaya nak makan makanan fresh dimasak ni dari mak si suami. Dulu bapa si mak ni (atok suami) sangat pantang lauk yang diperangat.

Lauk mesti sekali masak, sekali hadap habiskan dan makan sama-sama satu keluarga. Tiada simpan-simpan untuk ahli keluarga yang tak ada atau lambat makan.”

Peguam tersebut akhirnya menasihatkan wanita itu untuk kaunseling namun si suami terlebih ego dan tidak hadir ke kaunseling.

“Cik Puan tu aku suruh dia pergi kaunseling utk diri dia sendiri dulu. Lepas tu ajak suami kaunseling sama.

Tapi itulah dia, gagal ajak suami pergi kaunseling. Sungguh! Orang lelaki jarang nak pergi kaunseling. Ego apa entah depa ni.

Akhirnya, aku cadang ambillah pembantu harian untuk bantu siapkan bahan masakan je. Atau upah sesiapa dekat dengan rumah untuk bantu siapkan bahan.

Balik rumah dia cuma perlu campak-campak je. Berkesan atau tak? Wallahualam. Lama aku lost contact dengan dia.”

Kalau sebabkan lauk semalam dipanaskan pun nak bergaduh, baik cerai dan duduk sahaja dengan emak, menyusahkan isteri, kena jaga anak lagi kemudian layan peel suami.

Baca juga: “Isteri aku dah curang tiga kali tapi aku tetap bertahan sebab anak-anak, sekarang aku pula cari perempuan lain untuk rawat hati…”