Suami persoal isteri beri RM50 duit raya untuk parents, banyak lagi kos untuk raya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Menjelang perayaan aidilfitri tidak lama lagi, setiap keluarga pasti akan membuat persiapan masing-masing terutamanya dari segi wang ringgit.

Tular baru-baru ini seorang wanita membuat bajet kewangan raya untuk diberi kepada ahli keluarganya.

Dengan paparan google sheet, wanita ini menunjukkan pembahagian duit raya dilakukan secara adil antara dia dan suaminya.

“Buat kira-kira bajet untuk duit raya. Mula-mula nak bagi dekat ibu bapa masing-masing RM50 dan untuk adik-adik nak bagi RM25. Tapi suami ingatkan banyak lagi nak guna duit. Kami duduk perantauan jadi kos nak travel, kuih raya, bahan mentah dan segalanya.” , luah wanita tersebut.

Berdasarkan apa yang dimuatnaik di media sosialnya, suami wanita itu memperuntukkan sebanyak RM185 dan wanita itu juga menyumbang jumlah yang sama, menjadikan keseluruhan bajet mereka untuk duit raya adalah RM370.

Namun, perkara ini menjadi topik perdebatan apabila ada yang menyifatkan wanita tersebut terlalu berkira dengan keluarganya.

Sedangkan apabila warga maya meneliti di Instagram milik peribadi wanita itu, dia dilihat menikmati makanan mewah.

Netizen meluahkan rasa tidak senang dengan pasangan tersebut yang dilihat berkira nak bagi duit kepada mak ayah.

“Dengan mak ayah bagi banyak pun tak apa, balik nanti makan, tidur, minum semua guna di rumah mereka. Jangan berkira dengan mak ayah.

“Maaf sis, tapi kalau tengok Instagram awak makanan semua mewah-mewah. Kalau setakat RM25 tu, sekali makan pun dah habis,” tambah seorang lagi.

baca: jentera pilihaan raya DAP