Susah nak buat laporan sebab patah tulang rusuk, lelaki bersyukur pegawai penyiasat trafik sanggup datang rumah

Oleh KIM SYAZIE

Jika terlibat kemalangan, anda pasti tahu yang perlu membuat laporan polis anda diri anda sendiri tak boleh diwakilkan.

Buat Redzul Redza, dia pada mulanya berfikir bagaimana cara untuk membawa ayahnya yang kemalangan ke balai polis.

“Saya balik utk urusan kemalangan abah, tapi polis maklum hanya mangsa kemalangan saja boleh buat report, tidak boleh wakil.

“Abah baru keluar hospital selama 16 hari dan kini di rumah terlantar tidak dapat bergerak. 

“Tuntutan insurans tidak dapat dibuat selagi tiada report kemalangan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Redzul juga berkongsi bagaimana pergerakan untuk membawa ayahnya ke balai agak sukar kerana tulang rusuk patah.

Baca Artikel Penuh