Suspek lima rekod jenayah ditahan, mayat mangsa rogol dan liwat di bawah katil

Oleh ARIF ATAN

Lelaki berusia 29 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah ditahan polis susulan penemuan mayat seorang wanita malam tadi dalam bilik rumah teres dua tingkat di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di Pulau Pinang.

Wanita berusia 40 tahun itu dirogol dan diliwat sehingga maut oleh lelaki tersebut yang memecah masuk ke rumahnya semalam sebelum mayat mangsa disorok di bawah katil.

Ekoran jenayah itu, polis menahan suspek terbabit ketika menyorok di Changkat Sungai Jawi tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, berkata polis menerima laporan kejadian penemuan mayat mangsa itu pada jam 7.20 malam tadi.

“Melalui siasatan, kejadian disedari seorang wanita berusia 41 tahun yang datang ke rumah mangsa kerana mempunyai janji temu dengan mangsa kira-kira jam 3 petang, namun ternampak seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal keluar dari rumah mangsa.

“Berikutan tidak sedap hati, dia menghubungi kakak mangsa sebelum kakak mangsa menghubungi kenalannya untuk membuat pemeriksaan ke atas kediaman adiknya.

Baca Artikel Penuh