Tahniah! Isteri ahli politik dapat kontrak arang batu 15 tahun ke Indonesia, Singapura dan China

Oleh NASUHA RAHMAN

Isteri kepada seorang ahli politik telah melakar pencapaian luar biasa apabila berjaya mendapatkan kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun.

Difahamkan beliau sudah mengusahakan bisnes tersebut 10 tahun yang lalu ketika mengandung anak ketiga dengan bekas suaminya yang juga seorang pelakon.

Vie Shanti Khan yang merupakan isteri kepada Ahli Politik Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belut Sabah.

Rahman Dahlan adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno (dipilih) dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah berkuatkuasa 1 Januari 2021.

CEO Black Stone Dagangan Sdn Bhd itu akan membekalkan arang batu atau batu bara kepada Asia Pacifik Geralton Limited Hong Kong,

Difahamkan beliau pada awal mula berniaga arang batu dengan hasil yang kecil selain menghadapi tekanan dan ujian dalam sektor ini kerana sangat-sangat mencabar dan ramai yang gagal, ia bukanlah bisnes yang mudah apalagi jika diusahakan oleh seorang wanita.

Baca Artikel Penuh