Berpuluh tahun membesarkan anak, pastinya sukar buat ibu bapa untuk melepaskan anak mereka untuk memasuki fasa perkahwinan.
Tular video ibu kepada pengantin lelaki menangis teresak-esak memeluk anaknya dalam satu majlis yang diadakan di Indonesia.
Menurut Wolipop, video kekecohan di majlis perkahwinan itu dimuat naik dalam akaun TikTok @momenthajatankampung.
Kelihatan si ibu memeluk erat anaknya yang sedang berlutut di hadapannya sambil ditenangkan orang lain.
Manakala pengantin perempuan dilihat menggosok kaki ibu mentuanya dan bapa pengantin lelaki pula terlihat terkejut dengan isterinya.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Biasalah seorang ibu akan merasai seperti kehilangan anaknya, tidak akan seperti biasa (selepas berkahwin),” komen seorang netizen.
Namun ada juga sempat berseloroh meminta pengantin wanita duduk jauh daripada keluarga suami.
“Nampak bahaya ni kalau tinggal dekat menantu.
“Siap-siap dah mbak (pengantin perempuan), cari rumah yang jauh,” antara komen pengguna TikTok.
Pada masa sama Wolipop menghubungi pemilik video, Firman Pena untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
“Semasa acara memohon restu ibu bapa pengantin perempuan, semuanya pada awalnya berjalan lancar.
“Namun ketika diteruskan dengan ibu bapa pengantin lelaki, tiba-tiba wanita itu menangis kerana tidak bersedia ditinggalkan anaknya,” kata Firman.
Baca juga: “Bila ikut akak berubat, aku pula rasa lain macam. Rupanya ibu mentua buat aku mandul”