Tak larat hantar parcel banyak sangat, pekerja kurier buka pandu lalu ambil parcel

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pekerja kurier membuka ‘pusat’ pengambilan bungkusan secara pandu lalu di tepi jalan susulan peningkatan jumlah bungkusan yang diterima syarikat kurier saat ini.

Dalam perkongsian video di TikTok, pekerjaan berkenaan dilihat membentangkan tikar di tepi jalan serta meletakkan sejumlah bungkusan milik pelanggan. 

Dia juga meletakkan sekeping kadbod bertulis ‘Pandu Lalu Bungkusan TikTok Shop’. 

Pekerja itu turut menunjukkan lokasinya dalam video sambil menyatakan bahawa dia tidak rajin untuk menghantar bungkusan ke rumah pelanggan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih lima juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang antaranya menyokong kaedah itu berbanding bungkusan terpaksa diperam lama di gudang.

Baca juga: Mimi Fly kongsi ciri-ciri ‘red-flag’ calon suami, hilang minat dengan lelaki pemalas