“Tak salah kahwin dengan ‘bekas orang’’ – Fazley tampil ‘sekolahkan’ netizen

Oleh MAISARAH AISYA

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob, tampil bersuara mengenai isu perkahwinan melibatkan individu berstatus janda atau ‘bekas orang’, sambil menegur sikap segelintir netizen yang gemar menghakimi kehidupan orang lain.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Fazley menegaskan bahawa tiada salahnya untuk seseorang berkahwin dengan individu yang pernah mempunyai sejarah perkahwinan, kerana soal jodoh adalah ketentuan Tuhan.

“Tak ada salahnya pun kahwin dengan ‘bekas orang’ atau ‘janda dengan baggage’. Hati akan tetap memilih siapa ia mahu.

“Korang yang namanya tak disebut dalam akad ‘Aku terima nikahnya…’ tak perlu nak sibuk judge,” ujarnya dalam hantaran di media sosial.

Menurutnya, individu yang gemar mencela kebahagiaan orang lain lazimnya belum berdamai dengan kehidupan sendiri, lalu mencari kepuasan dengan mengkritik orang lain.

“Biasanya orang-orang macam ini memang tak berdamai dengan kebahagiaan sendiri, lalu mereka berusaha mencari keseronokan dan kepuasan di dalam mencela kehidupan orang lain.

“Pergilah cari hobi baru… belajar memasak atau baking pun ok,” tambahnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata bersetuju bahawa jodoh adalah hak mutlak Tuhan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.

“Jodoh itu hak Allah. Asalkan dilakukan dengan cara yang betul, itu sudah memadai.

“Yang tak elok itu ialah penyondot atau lelaki sudah berkahwin dan tak mampu tapi gatal nak cari isteri baru.,” tulis seorang pengguna.

“Nasihat yang baik. Kesian dekat orang macam ini dibayangi oleh kekurangan diri sendiri kan,” tulis seorang lagi pengguna.

Baca juga: Sedar realiti hidup di Sabah dan Sarawak, harga diesel lebih murah bukan kelebihan