Kalau dah jodoh tak ke mana, seorang wanita tidak menyangka perkenalan dan sokongan diberikan buat anak murid kini bertukar kepada kasih sayang suami isteri.
Seorang pengguna TikTok berkongsi mengenai perkenalan dirinya, Rosalina, 48 dan suaminya Hazwan, 32 serta perkahwinan yang dibina lapan tahun lalu.
Walaupun dengan jarak umur 16 tahun, Rosalina akui bahagia dengan suaminya malah dek kerana wajahnya yang awet muda menyebabkan ramai tidak percaya akan jarak usia tersebut.
“Suami adalah bekas pelajar saya ketika saya berusia 32 tahun manakala dia pula berumur 16 tahun, namun siapa sangka hubungan itu kini bertukar sebagai suami isteri,” ujarnya.
Menurut Harian Metro, hubungan mereka pada mulanya tidak lebih sebagai guru dan murid kerana suami adalah pelajar kelasnya selama dua tahun ketika mengajar di Kelantan.
“Suami seorang pendiam tetapi ada bakat melukis jadi saya selalu beri galakkan untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti kepadanya dan semua pelajar lain.
“Selepas tamat tingkatan lima, dia berpindah sekolah untuk tingkatan enam sebelum ke universiti, manakala saya pula berpindah ke Perlis namun saya dan pelajar termasuk suami masih berhubung,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Selepas Rosalina berpisah dengan suami pertama, Hazwan menyatakan hasrat untuk mendekati dan melamarnya sebagai isteri.
“Ketika itu suami mengambil upah melukis mural dan hubungan kami direstui kedua-dua keluarga termasuk tiga anak lelaki saya.
“Selepas tiga bulan berkahwin suami mendapat panggilan menjalani latihan kepolisian,” katanya.
Tambahnya, dia bersyukur perkahwinannya berjalan lancar biarpun suami masih muda namun dia bersikap matang dan mereka dikurniakan anak perempuan yang kini berusia lima tahun.
Baca juga: āAku jaga penampilan walaupun anak dah 4, suami tetap curang, alasan dia buat naik darah akuā¦ā