Tak sangka teh uncang pun berkesan, ini 3 bahan lain yang boleh menghalau tikus

Oleh WAN SITI AMINAH

Suka menggigit barang dan meninggalkan najis di merata tempat, tikus adalah haiwan parasit yang paling dibenci oleh pemilik rumah.

Boleh mengundang penyakit berbahaya seperti Leptospirosis atau kencing tikus, ini adalah bahan yang mujarab untuk mengusir haiwan itu dari rumah.

1. Teh Uncang


Bunyi macam pelik, namun tahukah anda, tikus sebenarnya tidak menyukai bau teh uncang.

Mudah sahaja, pemilik rumah boleh meletakkan atau gantung sahaja teh uncang yang telah digunakan di laluan tikus.

2. Daun Durian Belanda


Berkesan untuk menghalau tikus, pembaca boleh meletakkan beberapa helai daun durian belanda di tempat laluan tikus.

Gantikan dengan daun yang baharu selepas dua atau tiga hari, ia juga boleh diletakkan di dalam almari untuk menghalang tikus daripada bersarang.

3. Kulit Durian


Jangan terus buang kulit durian selepas makan, ianya juga merupakan bahan yang berkesan untuk menghalang tikus dari masuk ke rumah.

Selain baunya yang tidak menyenangkan, tikus juga dikatakan takut dengan ketajaman kulit durian.

4. Lada Hitam / Cuka


Sifat cuka yang berbau kuat dapat membantu untuk mengelakkan tikus daripada bersarang dan beranak pinak di dalam rumah.

Titiskan cuka ke dalam satu bekas kecil sebelum letakkan ia di tempat laluan tikus. Jangan lupa pula untuk sentiasa menambah cuka secara berkala.

Jika pemilik rumah tidak nyaman dengan bau cuka yang kuat, mereka juga boleh menaburkan serbuk lada hitam ke laluan tersebut.

Baca juga: “Kalau terkunci dalam kedai ni…”, pekerja gantung telekung undang seram buat netizen