Tak sempat ‘berjoli’, penyamun dicekup polis selepas tiga jam mencuri

Oleh KIM SYAZIE

Seorang penyamun tidak sempat berjoli hasil rompakan apabila diberkas pihak polis dalam masa 32 minit selepas laporan diterima.

Lelaki yang berusia 46 tahun itu ditangkap kerana merompak di sebuah kedai emas yang terletak di Mentakab, Temerloh.

Difahamkan, suspek telah mencuri empat utas rantai emas yang dianggarkan bernilai RM91,000 dari premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Yusoff berkata, pihaknya menerima aduan pada jam 12.58 tengah hari.

Suspek kemudian ditahan pada jam 1.30 petang pada hari yang sama dalam satu serbuan di kawasan Mentakab.

“Pemilik kedai emas yang mendakwa telah berlaku kecurian barang kemas dalam sebuah premis miliknya di kawasan Mentakab.

Baca Artikel Penuh