Nama Rembayung menjadi trending di mana-mana platfom media sosial kini. Semuanya gara-gara pempengaruh terkenal Khairul Aming yang mengumumkan pembukaan restoran masakan melayu ini pada januari tahun hadapan.
Pelbagai pandangan diberi oleh netizen yang memberi idea penambaikan operasi Rembayung. Ada yang mencadangkan kepada Khairul Aming supaya jangan beri peluang kepada busker jalanan untuk membuat persembahan di kawasan itu kerana bunyi bising yang mengganggu suasana di situ.
Ramai menjangkakan suasan di situ akan menjadi huru-hara akibat jangkaan penambahan kereta yang datang. Keadaan di lokasi Rembayung iaitu di Kg Baru pula ada yang menganggap tidak mesra tempat letak kereta.
Terbaru di facebook, ada satu iklan tanah kosong betul-betul di belakang Rembayung dimuatnaik oleh seorang ejen hartanah. Ramai yang beranggapan ini peluang perniagaan yang menarik untuk pemilik baru.
“Boleh buat business parking!”, komen netizen.

Menerusi hantaran Facebook Teha Rosli, tanah berkeluasan 4,865 kaki persegi berstatus ‘Pegangan Bebas Rizab Melayu’ itu untuk dijual pada harga RM1.9 juta.
Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, kawasan tanah itu dipenuhi pokok dan terdapat sebuah rumah tersorok di dalamnya.

Ramai warganet berpendapat memang sesuai tanah itu diambil alih untuk dijadikan ‘parking tambahan’ bagi menampung ketibaan pelanggan-pelanggan Rembayung kelak.