Tawar gaji sampai RM13k untuk jadi ‘food taster’ lauk kaki ayam, syarikat terima lebih 2,000 permohonan

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sangka syarikat ini sanggup menawarkan gaji tinggi hanya untuk merasa makanan, lebih unik ia adalah kaki ayam yang dimasak dalam pelbagai cara.

Syarikat makanan yang terlelak di wilayah Zhejiang, China menarik perhatian orang ramai selepas mengeluarkan iklan mencari jururasa kaki ayam di media sosial

Menurut Thaiger, syarikat tersebut ingin mencari pekerja yang ditugaskan khas untuk merasai pelbagai perisa hidangan kaki ayam dengan tawaran gaji lumayan.

Calon terpilih perlu makan kaki ayam semasa sarapan dan makan tengah hari dengan bayaran antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110).

Tiada had umur atau jantina ditetapkan namun calon perlu mempunyai sekurang-kurang lima tahun pengalaman makan kaki ayam dan pelbagai makanan lain.

Seorang pegawai Sumber Manusia syarikat berkenaan dikenali sebagai Wu mengesahkan iklan jawatan tersebut.

Baca Artikel Penuh