Tawaran Ismail Sabri bersifat prinsip Reformasi bukan tawaran jawatan

Oleh ARIF ATAN

Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan (PH) agar bertemu di meja perundingan dengan beliau.

Pada dasarnya ianya dikatakan usaha untuk memenuhi nasihat YDP Agong supaya suhu politik negara diturunkan dan kestabilan politik tercapai. Dalam erti kata yang lain, supaya PH tidak berusaha untuk menjatuhkan beliau.

Secara ringkas, tawaran itu adalah:

1. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

2. Pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang UndangUndang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.

3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Baca Artikel Penuh