Teruja makan durian tempatan, Fan Bingbing sempat jumpa Sultan Johor ketika berkunjung di Malaysia

Oleh WAN SITI AMINAH

Bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial tempatan setelah membuat perkongsian di akaun Instagram miliknya.

Singgah di Malaysia selepas menghadiri Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34, Fan berkongsi rasa teruja kerana dapat merasai keenakkan buah durian tempatan.

Berkunjung ke kedai durian yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, pelakon berusia 42 tahun itu menyifatkan Malaysia sebagai ‘syurga’ bagi pecinta raja buah tersebut.

Baca Artikel Penuh