Tiada usul undi percaya terhadap PM dalam sidang Dewan Rakyat akan datang

Oleh BORHAN AHMAD

Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 6 September depan ditangguhkan kepada 13 September dan tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri.

Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, lewat malam tadi beliau telah menerima notis dari Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Bacha Mydin yang memaklumkan perkara itu.

“Tetapi yang sangat ketara adalah pengakuan bahawa tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri dalam urusan Parlimen kali ini,” kata Kit Siang.

Bagi Kit Siang, usul undi percaya kepada perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sepatutnya menjadi perkara pertama yang dibahaskan iaitu pada 14 September.

Yang Dipertuan Agong sebelum ini telah menitahkan agar usul undi percaya dikemukakan terhadap perdana menteri sebaik sahaja selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Pada 18 Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Perdana Menteri baharu yang dilantik perlu mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkannya mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Baca Artikel Penuh