Seharusnya tiada apa alasan lagi di pihak kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pelaksanaan had kelayakan mengundi untuk anak muda yang berusia 18 tahun.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika Ahli-ahli Parlimen Umno menyokong usul undi 18 tahun itu, maka tiada masalah untuk memperolehi sokongan majoriti.
“Sebenarnya isu ini tak perlu ke mahkamah. Mahkamah itu digunakan kerana tahu sikap kerajaan berdolak dalih melengahkan.
“Cadangan pada Disember atau kalau nak diteliti dan dicerakinkan, saya tak ada masalah jika ditangguhkan beberapa bulan selepas itu asalkan ianya dibuat pada suku pertama tahun depan.
“Pada peringkat awal, macam-macam kerenah SPR. Kalau lima, atau enam bulan awal pada 2020 tak apa. Tapi kalau sekarang, saya tak fikir ada alasan apa pun untuk melengahkannya,” katanya dalam persidangan Dewan Rakyat petang ini.