Tidak tunggu lama selepas bercerai, Mawar Rashid umum bakal kembali berlakon tahun depan

Oleh KIM SYAZIE

Tidak tunggu lama selepas bercerai, pelakon Mawar Rashid memberi bayangan akan kembali ke layar televisyen seawal tahun hadapan.

Menerusi Instagram Story miliknya, Mawar memuat naik gambar dengan kapsyen “berlakon untuk drama. Tahun depan mahu kembali berlakon. Insya-Allah” 

Bukan setakat kembali berlakon, Mawar Rashid turut mengumumkan projek nyanyian amal untuk membantu memperkasakan wanita.

Dia juga menunjukkan satu gambar di dalam studio untuk rakaman suara. 

“Rakaman untuk amal, lagu ‘pemerkasaan wanita’,” tulisnya.

Mawar pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020.

Baca Artikel Penuh