TMJ persoal kos buat padang di Bukit Jalil cecah RM10 juta

Oleh ARIF ATAN

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan kewajaran kos sebanyak RM10 juta untuk membuat padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Tunku Mahkota Johor berkenaan berkata, peruntukan yang didedahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu sebagai terlalu mahal berbanding kos membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Menurut Tunku Ismail, beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang itu yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.

“Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak ‘mark up.’

“Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama… paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?” lapor BH memetik rancangan Bola@Mamak kelmarin.

Tunku Ismail menegaskan pihak yang mendakwa kos selenggara padang menelan jutaan ringgit sebagai tidak masuk akal.

Baca Artikel Penuh