Trauma terbeli roti john hangit? Boleh cuba resipi ini di rumah, jimat dan senang!

Oleh MAISARAH AISYA

Teringin nak makan roti john tapi malas pula nak keluar musim-musim hujan ni, resipi ini khas buat anda.

Nak letak inti banyak pun tak ada masalah sebab buat sendiri kat rumah, boleh kawal suhu api jadi tak adalah hangit.

Resipi ini dikongsikan pengguna Facebook, Chinta Eyja di halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resipi roti john homemade

Bahan-bahan:

  • Bawang merah – potong dadu
  • Bawang putih – potong dadu
  • Rempah kari (campur air)
  • Daging atau ayam cincang atau daging burger
  • Sosej – potong
  • Garam
  • Lada sulah
  • Daun sup/bawang – hiris
  • Telur
  • Roti frankfurter
  • Mentega

Cara-cara membuatnya:

  • Untuk membuat inti roti John, tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Kemudian masukkan rempah kari, daging cincang dan sosej beserta garam dan lada sulah. Kuantiti bahan agak-agak saja. Kalau rata sehingga masak dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan juga daun sup atau daun bawang. Kacau.
  • Masukkan bahan inti yang dimasak tadi dalam bancuhan telur. Kacau.
  • Panaskan kuali leper/pan. Belah dua roti jangan sampai putus, sapukan mentega dan terus tekap atas kuali. Biarkan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali/ pen yang sama, cairkan sedikit mentega kemudian tuangkan bancuhan telur bersama inti tadi.
  • Tekap roti ke atas telur.
  • Agak-agak telur dah masak, terbalikkan.
  • Ini hasilnya bila dah siap tekap dengan inti tadi.
  • Letakkan mayonis dan sos cili. Nak letak timun, salad pun boleh.
  • Lipat roti dan potong.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Penuh