Tuntutan doktor kontrak masih suram

Oleh NASUHA RAHMAN

Sehingga hari ini, tuntutan pelantikan tetap membabitkan 8,000 doktor kontrak masih belum diselesaikan biarpun Menteri Kesihatan sebelum ini, Datuk Seri Dr Adham Baba berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) dalam satu kenyataannya hari ini berkata, masih belum ada rancangan yang tepat oleh kerajaan, dan nasib doktor kontrak masih tetap suram.

Gerakan itu menggesa agar penyelesaian yang baik dapat dibuat segera demi doktor kontrak dan sistem penjagaan kesihatan negara amnya.

“Kami juga berharap agar sebarang perbincangan mengenai masa depan doktor kontrak akan melibatkan pihak berkepentingan utama dalam isu ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada semua barisan hadapan yang telah banyak berkorban dalam pertempuran melawan pandemim Covid-19 dan kami berharap agar semua rakyat Malaysia mematuhi SOP dan tidak lama lagi kami akan muncul sebagai pemenang dalam pertempuran ini,” katanya

Pada Julai lalu susulan hartal serentak seluruh negara oleh doktor-doktor kontrak, Adham berkata kerajaan akan mengambil langkah ekstrem untuk menyelesaikan isu tersebut termasuk melanjutkan tempoh perkhidmatan dua tahun lagi dan kenaikan gred setara dengan kakitangan tetap.

Baca Artikel Penuh