Umno gantung keahlian Papagomo enam tahun

Oleh BORHAN AHMAD

Umno menggantung keahlian exco pemudanya Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti.

Beliau akan digantung keahliannya bermula 27 Ogos lalu, lapor Malaysiakini.

Perkara ini dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh hari ini (1 September) dan ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yangbersidang pada 27 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa saudara digangtung hak-hak keahlian dalam parti […] selama tempoh enam tahun berkuatkuasa dari 27 Ogos 2021 atau dua penggal pemilihan Umno,” kata surat itu yang dilihat Malaysiakini.