Universitas Gadjah Mada kemukakan bukti, calon BN Pengkalan Chepa sah belum lulus pengajian, ijazah palsu

Oleh NASUHA RAHMAN

Universitas Gadjah Mada (UGM) telah mengemukakan bukti bahawa calon BN Pengkalan Chepa Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin belum lulus pengajian dalam bidang perubatan kedoktoran dan sijil ijazah yang dimiliki beliau adalah palsu.

Rentetan pendedahan yang dibuat oleh Liyana Marzuki di facebooknya beberapa hari lalu, hari ini beliau telah mendapat penyataan rasmi daripada Universitas Gadjah Mada Indonesia.

“Saya dengan ini mengemukakan bukti daripada pihak Universiti Gajah Mada menjawab email rasmi yang dibuat oleh pihak saya.

“Ia mengatakan Calon BN ini bukan merupakan alumni UGM, sijil Ijazah yang diviralkan juga adalah palsu. Surat itu juga mengatakan beliau tidak tamat pengajian.

“Saya juga telah menyemak kembali database Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia, ia juga merekodkan calon ini belum lulus pengajian,” katanya.

Semalam, melalui dada akhbar, calon Barisan Nasional Pengkalan Chepa telah mengatakan pihak Universiti telah mengesahkan sijil pelajaran beliau adalah sah.

Baca Artikel Penuh