Seorang pempengaruh makanan (mukbanger) dari China dikenakan sekatan selepas kandungan siaran langsungnya memaparkan tabiat pemakanan pelik.
Netizen di China membuat keputusan untuk melaporkan video pelik tersebut kerana mendakwa ia memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak lapor South China Morning Post (SCMP).
Video yang tular tersebut dikatakan tular dan dilaporkan netizen kerana didakwa memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.
Pempengaruh dikenali sebagai @chenchenchen itu sebelum ini memiliki kira-kira 700,000 pengikut dan 10 juta tanda suka di tiga platform.
Antara kandungan mencetuskan kontroversi termasuk memakan gula-gula getah direndam dalam cuka, pil minyak ikan.
Malah dia juga makan ubat pencernaan yang direndam dalam cuka, malah turut memakan lipas kering serta tumbuhan liar.
Tindakannya menimbulkan kebimbangan ramai, khususnya mengenai keselamatan dan kemungkinan ditiru kanak-kanak.
Malah, seorang murid sekolah rendah dilaporkan memuat naik video meniru perbuatan pelik itu selepas terinspirasi daripadanya.
Susulan laporan media pada 11 Disember, akaun pempengaruh tersebut akhirnya disekat.
Kes ini turut mengingatkan orang ramai terhadap bahaya trend mukbang ekstrem, selepas seorang mukbanger berusia 24 tahun di China meninggal dunia ketika siaran langsung tahun lalu.
Pihak berkuasa China sebelum ini telah mengharamkan kandungan mukbang tidak normal, termasuk makan secara melampau dan kaedah pelik.
Manakala Persatuan Pengguna China turut menyeru orang ramai memboikot kandungan ekstrem serta pembaziran makanan.
Baca juga: Ringgit meroket, pekerja Indonesia paling gembira gaji makin mahal