Lelaki yang sebelum ini terakam dalam video tular ketika menyerang sekumpulan pelajar di sebuah madrasah di Kota Kinabalu mengaku bersalah di atas 13 pertuduhan kerana mencederakan mereka pada 14 Disember lalu.
Pengakuan tersebut dibuat oleh tertuduh, Saifur Rahman Mohd Ismail, 38, di mahkamah hari ini selepas kesemua pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,400 bagi setiap pertuduhan atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda yang mana tertuduh didapati sudah melunaskan bayaran.
Saifur mengaku secara sukarela telah menyebabkan kecederaan ke atas 13 mangsa yang berusia antara 14 hingga 20 tahun pada 14 Disember lalu di antara pukul 11.55 malam hingga 11.58 malam, lapor Berita Harian.
Insiden berlaku di hadapan premis Gaming Zone di Bandar Sierra, Kota Kinabalu dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Peguam, Mohd Ari Nadzrah yang mewakili Saifur dalam proses rayuan memohon hukuman ringan kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai ustaz dengan sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.
Pertuduhan tersebut juga adalah kesalahan pertamanya malah laporan polis berhubung kejadian juga dikatakan hanya dilakukan oleh pihak berkuasa dan bukanlah oleh mangsa mahupun ibu bapa mereka.
“Berdasarkan fakta kes, tertuduh mendapati mangsa melarikan diri dari ‘asrama’ sekitar jam 11.30 malam dan itu menyebabkan dia berang. Walaupun itu bukan alasan untuk memukul mereka, ia menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan.
“Dapatan kes juga menunjukkan mangsa hanya mengalami kecederaan tisu lembut dan lebam,” katanya ketika membuat rayuan berhubung hukuman tertuduh memetik laporan Berita Harian.
Timbalan Pendakwa, Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir bagaimanapun mahkamah agar menjatuhkan hukuman yang setimpal mengambil kira keseriusan kesalahan dan kepentingan awam.
Jelasnya, niat ‘baik’ tertuduh tidak boleh menghalalkan perbuatan menyalahi undang-undang dan hukumaj yang dijatuhkan perlu menjadi pengajaran dengan harapan tertuduh tidak mengulangi kesalahan sama.
Hukuman tersebut juga memberikan mesej jelas bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan sedemikian terutamanya melibatkan mangsa dan tenaga penjagar mereka.
Terdahulu, mahkamah dimaklumkan, satu laporan polis dibuat pada 15 Disember, iaitu kira-kira jam 7.07 malam susulan penularan video yang memaparkan tertuduh menyerang mangsa.
Terdahulu, satu laporan polis dibuat pada 15 Disember lalu pada sekitar jam 7.07 malam susulan penularan rakaman video yang memaparkan tertuduh dipercayai tenaga pengajar menyerang sekumpulan pelajar madrasah.
Siasatan mendapati tertuduh menyerang 13 pelajar lelaki yang berada di sebuah kedai Gaming Zone di Bandar Sierra dengan menggunakan topi keledar dalam kejadian pada 14 Disember lalu sekitar jam 11.55 malam.
Tertuduh tidak menyedari perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar premis dan mangsa kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak serta Hospital Queen Elizabeth untuk memerima rawatan.
Mangsa juga disahkan mengalami kecederaan pada tisu lembut dan siasatan lanjut mengesahkan tertuduh menyebabkan kecederaan ke atas semua pelajar dengan memukul mereka menggunakan topi keledar.
Baca juga: “Ajak keluar berdua saja” – Sharifah Zarina dakwa Athalia diganggu suami orang di media sosial