Cerita tentang Restoran Rembayung milik pempengaruh Khairul Aming nampaknya belum reda. Masih ada yang tidak berpuas hati mengenai cara untuk ‘battle’ bagi mendapatkan tempahan di Rembayung.
Seorang wanita di ruangan Thread berbesar hati untuk berkongsi tips dan cara mendapatkan tempahan di Rembayung
“Yang mintak saya share tips berjaya booking Rembayung tu, maaf hari ni baru sempat nak menulis. Sebenarnya ada 4 tips, tapi since platform umai dag tukar method, saya boleh share tips ke-3 dan ke-4 sahaja. The first two dah tak valid lepas umai tukar method. “
“1 dan 2 skip (sebab dah tak valid). Kita terus yang ketiga lah ya. Tulis siap-siap details kat mana-mana yang senang nak copy. Macam saya hari tu guna laptop, jadi details saya tulis kat notepad. Bila kita dah berjaya masuk ke page untuk isi details, terus copy paste sahaja. Tak perlu nak type satu-satu. Details yang diperlukan adalah nama, email, no phone dan birthday. “
“4. Untuk birthday, saya ada baca, pilih la tarikh apa yang mudah. Yang birthday disember tu lambat kalau nak scroll 12 bulan 😅5. Tiba2 ada nombor 5. Boleh try guna more than one device. Saya hari tu guna 2 phone dan 1 laptop (dua browsers, chrome and firefox). Tapi yang chrome kat laptop sahaja berjaya melepasi rintangan. Yang lain semua terkandas di tengah jalan 😅 “
“6. Kita isi details ni lepas pilih slot masa, tau. Lepas kita submit, kita akan dapat paparan “security check failed, please refresh” lebih kurang macam ni la ayat dia. Ingat, JANGAN REFRESH sebab kalau refresh, kita akan terkeluar terus dan kena queue semula 4 jam 😅. Just patah balik ke previous page, pilih semula slot, dan kita akan sampai semula ke paparan yang perlu isi details. Jangan risau, details yang kita isi tadi tak hilang, akan stay kat situ. So tak perlu isi semula. “
“7. Masa saya battle hari tu, berpuluh kali jugak la security check ni. Mungkin cecah ratus pun, haha. Tapi tetap tekan submit berkali-kali, dan ingat, JANGAN REFRESH. Back, dan resubmit sahaja. Waktu ni kita akan nampak, slot makin lama makin berkurangan sebab ada orang-orang lain yang dah berjaya buat payment. Teruskan, kalau ada rezeki, akan berjaya jugak. “
“8. Nak pilih slot yang sama pun boleh, nak tukar-tukar slot pun boleh. Saya hari tu tukar-tukar, click lah yang mana pun. Sampai last skali tak ada dah security check failed tu. Dapat paparan yang minta kita buat payment. So terus la laju-laju bayar. Deposit RM10 per head. Kalau book 5 pax, RM50. Dan nanti akan ditolak dari total price hari kita makan kat sana.”
“9. Saya tak pasti phone atau laptop lagi sesuai untuk battle sebab saya guna laptop hari tu. Saya rasa mudah guna mouse masa kita kena back dan resubmit berpuluh-puluh kali tu.Dan ini semua saya kongsi berdasarkan pengalaman saya berjaya booking weekend hari tu (18.1.2026). Kalau ada mana-mana tips yang dah tak boleh digunapakai atas sebab perubahan method untuk booking, harap maaf ya. Semoga bermanfaat.”