Wanita mengamuk tahu orang lain selamba breasfeeding bayinya, “sampai sekarang saya trauma..”

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Seorang wanita tidak menyangka orang terdekat dengan keluarganya sanggup memberi susu badan kepada anaknya tanpa kebenaran.

Jangan main-main dengan susu badan kerana boleh menjadi darah daging, dari segi hukum agama juga tidak boleh dibuat main.

Tindakan keluarga terdekat kepada pengguna TikTok, @afieqahhasanah memberi susu badan telah membuatkan wanita tersebut trauma.

“Mak mana je yang boleh terima. Tak tahulah nak cakap macam mana. Doakan saya boleh lupakan semua ni,” ujarnya di ruangan kapsyen.

@afieqahhasanah

mak mana je yang boleh terima 😌 tak tahu lah nak cakap macam mana . doakan saya boleh lupakan semua ni .

♬ original sound – afieqahhasanah – afieqahhasanah

Bukan sekali dia menyusu anak sehingga kenyang tapi dua kali itupun sebab terkantoi dengan mak kepada Afieqah.

Rata-rata warganet pelik dengan sikap wanita yang dengan sengaja memberi susu badan atas alasan kerana budak itu menangis lapar.

“Weh! Sakitnya hati aku dengar. Faham sangat kalau aku pun tak sanggup tetiba ada ibu susuan,” komen pengguna TikTok.

“Aish! Tak boleh bayang anak kita tu orang lain buat macam anak sendiri,” tambah @mummymudaa.

“Tak pernah dibuat orang, kalau bayi menangis, aku terus pass (bagi) dekat mak dia sahaja,” ujar Byla.

Pastinya ramai ibu yang tidak membenarkan tetamu untuk mencium anak kerana bimbangkan penyakit, ini sampai bagi susu badan manalah tak trauma.

Baca juga: “Seram pula dengar”- Budak 6 tahun cerita kisah sebenar, dakwa Tok Wan hitam berbulu yang pandu kereta