Wanita terkejut kena caj RM33 untuk 2 pinggan nasi lauk ayam kampung, rupanya pekerja salah kira sampai ‘owner’ cari balik untuk pulang baki

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak terekjut jika lauk biasa dan tak banyak boleh cecah RM33 untuk dua orang makan.

Tambahan pula lauk yang diambil hanya ayam kampung dan sesenduk kangkung belancan.

Menerusi Facebook, seorang wanita meluahkan rasa seolah-olah dianiaya selepas melihat harga di satu kedai makan di Muar, Johor.

“Maaf la ye nak tanya. Ayam goreng seketul RM6. Harga ni (sepatutnya) dah dapat nasi goreng kampung.

“Ayam goreng seketul, bukan satu per empat. Sayur kangkung sesenduk caj RM5. Nasi putih, kopi ais dan teh o ais jumlah semua RM33,” katanya dalam hantaran di grup Facebook.

Apa yang mengejutkan pasangan suami isteri tersebut adalah cak satu senduk kankung belancan itu adalah RM5.

Kelihatan juga cebisan kertas bertulis angka 33, dipercayai harga makanan yang dikenakan kepada mereka iaitu sebanyak RM33.

Disebabkan isu tersebut pemilik kedai itu tampil menghubungi wanita tersebut untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurut pemilik terdapat kesilapan dalam pengiraan harga oleh pekerjanya dan memaklumkan harga bagi sesenduk sayur kangkung ialah RM2 dan caj bagi seketul ayam goreng adalah antara RM5 dan RM6 bergantung kepada saiz.

Salah faham itu juga akhirnya diselesaikan dengan baik apabila peniaga terbabit memulangkan semua wang pengadu menerusi transaksi atas talian.

“Alhamdulillah, salah silap antara dua manusia dipermudahkan. Terima kasih selesaikan isu ni dan maafkan saya kalau menggores hati akak.

“Peniaga nak jaga nama baik kedai, pelanggan nak makan makanan harga berpatutan.

“Halalkan makan minum saya dan suami yang akak belanja,” tambahnya menerusi perkongsian terkini di Facebook.

Baca juga: Teringin nak makan ayam goreng ala pasar malam? Wanita kongsi resipi, boleh makan banyak dan jimat duit