YDP PIBG SRAI Selangor mohon MARA tarik balik syarat baru ke MRSM

Oleh NASUHA RAHMAN

Jawatankuasa Permuafakatan Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Selangor memohon Majlis Amanah Rakyat (Mara) menarik balik syarat kelayakan pemohonan kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Dalam surat kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Azizah Mohd Dun, jawatan berkuasa terbabit menggesa Mara memperhalusi keputusan mengenai syarat baru yang tertera di perkara 6 yang disifatkan adalah sangat pra-matang serta seolah-olah dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Iaitu, syarat Kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Tahun 2022 merupakan calon dari sekolah kebangsaan (tahun 1 hingga 6) atau sekolah menengah kebangsaan (tingkatan 1 hingga 3) sahaja.

Jawatankuasa ini meminta syarat pada perkara 6 perlu dipertimbangkan semula agar ianya ditarik semula demi kepentingan dan kebaikan bumiputera, anak-anak Melayu atas sebab-sebab yang berikut :

i. Anak-anak yang bersekolah bukan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) mahupun Sekolah Agama Menengah (SAM) adalah terdiri di kalangan B40, M40 dan T20 dengan peratusan yang sama atau hampir sama dengan Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Kebangsaan.

ii. Anak-anak dari sekolah-sekolah SRAI contohnya adalah terbukti melahirkan pelajar-pelajar peringkat rendah yang cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Malah kemasukan pelajar-pelajar Tahun 1 ke sekolah-sekolah SRAI perlu melalui melalui Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Baca Artikel Penuh