Zaman Khan meninggal dunia

Oleh NASUHA RAHMAN

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi ini, lapor Astro Awani

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh Pengerusi dan Pemandu MPM, Tun Mohamed Hanif Omar

Sebelum ini Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lepas selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.

Allahyarham juga pernah menjalani rawatan di hospital yang sama pada Januari tahun lalu susulan mengalami pendarahan dalam usus.

Sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman, Allahyarham terbabit dalam kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P Kalimuthu, yang dikenali sebagai Bentong Kali.

Baca Artikel Penuh