27 tahun berlalu, Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat sebagai Menteri Kewangan

Oleh KIM SYAZIE

Sekeping gambar yang diambil pada tahun 1997 berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial apabila di muat naik semula di laman aplikasi Twitter.

Menerusi gambar tersebut, terlihat Anwar Ibrahim sedang berdiri bersebelahan dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Berdiri di belakang Anwar, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pendidikan sehingga tahun 2000.

Gambar tersebut diambil pada 17 Oktober 1997 ketika upacara bacaan doa sebelum suami Wan Azizah Wan Ismail itu membentangkan Bajet 1998.

Pernah diiktiraf sebagai menteri kewangan terbaik Asia, perbentangan belanjawan 2023 bukanlah yang pertama bagi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Selepas 27 tahun, DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kembali ke Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 untuk membentang Belanjawan Negara.

Baca Artikel Penuh