Perkhidmatan Maybank tergendala termasuk bayaran QR

Oleh ROSLAN ZAMAN

Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan perkhidmatan rangkaiannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.

Menerusi hantaran bank terbesar di Malaysia itu di saluran X, beberapa transaksi berkemungkinan akan mengambil masa lebih lama atau tergendala untuk sementara waktu.

“Dalam tempoh itu, anda boleh terus menggunakan kemudahan GIRO Antara Bank seperti biasa bagi tujuan penghantaran wang.

“Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas, dengan secepat mungkin,” katanya.