“Nasinya macam letak empat sudu je” – Wanita kecewa beli makanan masa ‘sale’

Oleh MALAYSIADATELINE

Salah satu masalah yang kerap dihadapi apabila membeli makanan dalam talian ialah perbezaan ketara antara saiz hidangan dalam gambar promosi dan portion sebenar yang diterima.

Situasi ini sering mengecewakan pelanggan, terutamanya apabila jangkaan terhadap hidangan yang nampak menyelerakan di skrin tidak sepadan dengan realiti di pinggan mereka.

Menerusi Threads, seorang wanita dikenali sebagai Nana terkejut melihat porsi nasi terlalu sedikit jika dibandingkan dalam gambar menu kedai dalam talian itu.

“Sebab Shocking Sale (nama platform e-dagang) je tau, harga murah.

“Harga asal RM27, sumpahlah, nasinya macam letak empat sudu je! Aku lapar tau,” ujarnya dalam hantaran di Threads.

Jika dibandingkan dengan imej hidangan dalam menu yang dipaparkan, saiz nasinya nampak banyak dan menyelerakan.

Namun, apabila pesanan sampai, porsi yang diterima ternyata terlalu sedikit, jauh berbeza daripada jangkaan, sekali gus menimbulkan rasa kecewa kepada pelanggan.

Rata-rata pengguna Threads juga terkejut melihat ‘portion’ berkenaan, malah

“Bagi budak makan pun belum tentu kenyang ni.

“Jahatnya lah aniaya orang macam ini. Walaupun tengah sale atau promo, jangan kurangkan portion nasi. Makan dua suapo je habis.

“Tak payah percaya promosi tipu kononnya harga asal beratus dijual puluh-puluh je sebab ada sale. Sebenarnya memang harga nak jual puluh-puluh pun. Kebanyakan penjual guna teknik ini untuk menipu orang secara tidak langsung.

“Beza betul dengan gambar dekat menu,” antara komen pengguna Threads.

Baca juga: Harga emas lepas paras RM590 segram buat pertama kali dalam sejarah