Ketua Penerangan PAS Fahli Shaari bersetuju dengan cadangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh mengenai cadangannya supaya dihidupkan kembali Muafakat Nasional.
“Saya sangat setuju dengan cadangan hidupkan semula Muafakat Nasional ini. Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula Perpaduan Ummah.”
Sambil mengucapkan tahniah kepada Ketua Pemuda Umno, Fadhli menggesa supaya ditubuhkan jawatankuasa Perunding.
“Tahniah Ketua Pemuda UMNO. Hidupkan kembali rundingan, tubuh JK Perunding. Sebaik sahaja UMNO/BN isytihar keluar dari gabungan bersama PH, kita lancarkan terus Muafakat Nasional.”
Semalam Akmal Salleh menggesa supaya Muafakat Nasional dapat dihidupkan semula selepas peristiwa hitam yang berlaku di Perlis.
“Dah beritahu sejak dulu lagi sebelum pru 15 untuk memperkasakan Muafakat Nasional bukan Perikatan Nasional”
“Hari ni baru nampak belang masing-masing,kena tikam belakang”
“Alang2 bubar sekali lah Perikatan Nasional kita wujudkan semula muafakat nasional
Amacam??”, tulisnya di facebook.
Pas melalui kenyataan media Presiden Pas semalam telah pun ‘memecat’ 3 Adun dari Perlis setelah menarik sokongan daripada menyokong Menteri Besar Perlis.