Kereta sport terbiar 30 tahun diselaputi lumut dilelong RM55k

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah kereta Lotus Esprit Turbo keluaran 1982 dilaporkan akan dilelong pada harga 10,000 (RM55,000) selepas terbiar selama 30 tahun dan diselaputi lumut.

Kereta sport ikonik itu dimasukkan ke dalam lelongan kenderaan klasik dan vintaj di Haynes Motor Museum yang dianjurkan oleh firma lelongan Chaterhouse berpangkalan di Dorset, Britain.

Menurut Agensi, kenderaan berwarna merah dengan hiasan dalaman kulit magnolia itu ditinggalkan di dalam bangsal selama 30 tahun.

“Sesetengah orang menyatakan perubahan warna cat boleh menambah nilai, tetapi saya tidak pasti sama ada yang dimaksudkan itu termasuk lumut hijau, kulat dan lendir yang telah tumbuh pada Lotus ini sepanjang tiga dekad lalu,” kata Pengarah Charterhouse, Richard Bromell.

Kenderaan tersebut yang dibina di kilang syarikat itu di Hethel, Norfolk telah dibeli pada 1990. Namun, ia memerlukan beberapa pembaikan dengan pemiliknya memulihkan kereta itu beberapa tahun berikutnya.

Menjelang 1995, ia disimpan di sebuah bangsal selepas pemiliknya mengubah minat daripada memandu kereta kepada melatih anjing.

Baca juga: Tular video kedai makan sebelah tanah runtuh, pemegang permit diberi notis penutupan