“Dia tetap suami saya di syurga” – Balu arwah Abam tegur netizen sibuk buat andaian

Oleh MALAYSIADATELINE

Hanya sekadar mengikut trend di media sosial, balu kepada pelawak Allahyarham Abam, Hidayah Hamzah, tampil menegur segelintir netizen yang didakwa membuat andaian sendiri.

Dalam hantaran di TikTok, Hidayah berkongsi gambar lama arwah suaminya dengan kapsyen ‘sampai jumpa, good bye (selamat tinggal) sayang’.

Dalam hantaran sama dia turut memuat naik gambar dengan kekasih baru dengan kapsyen ‘hai orang baru’.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Hidayah menegaskan bahawa mendoakan perkara yang baik adalah jauh lebih mulia berbanding melontarkan kata-kata berunsur spekulasi tanpa mengetahui keadaan sebenar seseorang.

“Jangan buat andaian sendiri kalau kita tidak tahu. Mendoakan jauh lebih baik,” katanya di TikTok.

Dalam pada itu, Hidayah turut menegaskan bahawa dia tidak akan melupakan Allahyarham Abam sampai bila-bila walaupun telah mempunyai pasangan.

Jelasnya, arwah tetap merupakan ayah kepada anak mereka, Hamzah, dan akan kekal sebagai suaminya di syurga.

“Walaupun ada pasangan, arwah tetap ayah kepada anak saya dan tetap menjadi suami saya di syurga,” luahnya.

Hidayah juga menyentuh pandangan segelintir pihak yang beranggapan wanita yang berkahwin lain tidak akan bersama suami terdahulu di akhirat kelak.

Malah dia turut mengingatkan orang ramai bahawa soal jodoh di syurga adalah urusan Allah SWT.

“Tidak semestinya kalau berkahwin lain tidak bertemu suami di syurga. Allah lebih mengetahui. Doa yang baik-baik,” katanya lagi.

Menerusi satu lagi hantaran, Hidayah memuat naik video bersama arwah suaminya dan berkongsi dia tidak akan melupakannya meskipun sudah ada pengganti lain.

“Sayang sampai syurga. Walaupun tiada, tetap di hati sampai syurga. Walaupun ada pasangan yang lain, abang tetap di hati, sayang kini dan selamanya,” tambahnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Baca juga: Pekin Ibrahim kesal gambar isteri tak berhijab tersebar, jawab dakwaan rai Krismas