Isu melibatkan bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan tercetus apabila soalan kontroversi diajukan semasa satu ceramah awam bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors”.
Soalan tersebut didakwa mengandungi unsur sensitif dan perkauman sehingga mencetus kritikan meluas.
Menurut laporan FMT, Rex Tan ditahan polis awal pagi ini susulan soalan kontroversi yang tular.
Bekas wartawan berusia 31 tahun yang baru meletakkan jawatan pagi semalam ditahan selepas hadir ke IPD Dang Wangi.
Peguam Tan, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan itu dibuat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, dengan siasatan difahamkan dikendalikan oleh Bukit Aman.
Selepas dikecam di media sosial, Tan sudah memohon maaf secara terbuka dan mengakui gagal mengambil kira kesesuaian soalan dengan wacana.