Tingginya air! R&R Nilai dilanda banjir kilat sampai tempat makan pun naik air

Oleh KIM SYAZIE

Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Nilai dilanda banjir kilat sehingga air melimpah masuk ke ruang makan premis di kawasan tersebut.

Para peniaga dan pekerja terpaksa mengalihkan barangan ekoran air lumpur yang boleh merosakkan barang-barang niaga.

Beberapa video juga tular di media sosial, memaparkan kawasan parkir sekitar R&R yang dinaiki air tinggi dengan arus deras yang sangat tidak terjangka. 

Dalam rakaman tersebut juga kelihatan tandas awam dan sebahagian kawasan ditenggelami air.

Malah stesen minyak berdekatan R&R juga dinaiki air sehingga memaksa sebahagian penunggang motosikal yang berteduh untuk bergerak ke bahagian tengah.

Sebelum ini media melaporkan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak sehingga 12 kilometer dari arah Kajang menuju ke Nilai susulan kejadian banjir kilat di Kilometer 287 petang semalam.

Astro Radio Traffic memaklumkan, setakat pukul 7.30 malam tadi menyebabkan semua lorong menghala ke selatan terhalang sepenuhnya.

Baca juga: “Yang pasti, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bukan calon Perdana Menteri” – Samsuri Mokhtar