Walaupun kerajaan sudah mewajibkan pembelian minyak masak paket menggunakan aplikasi e-COSS, isu penjualan kepada warga asing dilihat masih belum berakhir.
Tular di Threads apabila seorang pengguna, kaknad88, memuat naik gambar dipercayai menunjukkan seorang warga asing berjaya membeli minyak masak paket di sebuah rangkaian pasar raya kecil di Masai, Johor.
Ini sekali gus mencetuskan persoalan sama ada sistem kawalan yang diperkenalkan benar-benar berkesan.
“Tolong pantau ya juruwang-juruwang anda yang menjual minyak masak paket kepada warga asing, sebagai contoh gambar yang ditangkap ini.
“Suami Pakistan, isteri Indonesia, berniaga kedai makan dekat kawasan Masai, lepas itu beli minyak paket.
“Untuk makluman, bukan dia seorang sahaja yang dapat, rata-rata warga asing yang berbelanja tadi membeli minyak paket. Sedih tengok subsidi kita dirompak depan mata,” kongsinya di Threads.
Rata-rata warga Threads bukan sahaja meluahkan kebimbangan, malah turut mempersoalkan bagaimana warga asing masih boleh membeli barangan bersubsidi dengan begitu mudah.
“Juruwang dia warga asing ke? Sejak bila Imigresen Malaysia benarkan warga asing menjadi juruwang?
“Kalau ambil pekerja asing mesti tahu prosedur, kan? Kalau pekerja yang sah, sudah tertera pada stiker atau e-pass. Selalu juruwang warga asing sahaja yang akan lepaskan minyak subsidi kepada warga asing. Kalau juruwang warganegara, dia akan suruh scan e-COSS.
“Banyak gila ‘loophole’ dekat negara kita ni. Bangsat ni berniaga tanpa permit satu hal, beli minyak subsidi satu hal. Cuba spill sekejap alamat kedai niaga Pakistan ni,” antara komen pengguna Threads.
Baca juga: ZRA selamat tiba di Turki selepas diculik