Akhirnya berdamai! Izreen Azminda & Intan Salleh tamatkan konflik lama

Oleh MAISARAH AISYA

Pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan pertikaian yang berlaku antara dirinya dan bekas madunya, Intan Salleh, akhirnya berjaya diselesaikan secara baik.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Izreen mengucapkan terima kasih kepada Intan atas kesediaan untuk berdamai.

“Syukur Alhamdulillah Ya Allah.. akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik.. Terima kasih Intan.

“Harapan saya agar selepas ini hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak..

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Izreen juga menegaskan bahawa segala perkongsian atau penulisan selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana individu.

“Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

“Semoga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan kita ke arah yang lebih baik.. InshaAllah

“Terima kasih sekali lagi Intan.. Ya Allah, jagalah dan lindungilah hubungan ini sebaiknya.. semoga ikatan yg terjalin semula ini sentiasa dalam pelukkan Allah SWT, amin,” tambahnya.

Selain itu, Izreen turut menzahirkan penghargaan kepada peguamnya, Hafiz, yang disifatkan sentiasa memberi nasihat serta membantu sepanjang proses berkenaan.

Baca juga: Bukan bunga telur! Door gift kahwin bagi kuali siap set dapur, ramai ‘request’ nak satu