‘Air terjun’ dekat flat berpunca tangki air pecah, 6 kereta rosak…”bumbung kemik, cermin pecah”

Oleh KIM SYAZIE

Semalam tular di media sosial satu kejadian ‘air terjun’ dekat sebuah pangsapuri Taman Mas, Sepang akibat tangki air setinggi 18.3 meter (60 kaki) pecah.

Menerusi video berdurasi hampir empat minit yang dikongsi di Facebook, menunjukkan beberapa kenderaan yang diletakkan di perkarangan bangunan terkena curahan air deras dari tangki pecah itu.

Dilaporkan enam kenderaan rosak teruk dengan gambar-gambar tersebar memaparkan beberapa kereta mengalami kerosakan di bahagian bumbung, dan pecah cermin kereta di bahagian hadapan.

Baca Artikel Penuh