“Akak pakai pelaris tapi ayat Quran”, peniaga tak puas hati orang dedahkan taktik kedai pakai pelaris

Oleh KIM SYAZIE

Seorang peniaga meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada orang cuba mendedahkan taktik para peniaga yang menggunakan pelaris di kedai-kedai.

Menerusi satu tangkap layar yang dimuatnaik pengguna Facebook, Abi Solihin di laman kumpulan B40 Buat Perangai Apa Harini, dia berkongsikan satu mesej dari seorang peniaga mengakui menggunakan pelaris tetapi dikatakan pelaris yang menggunakan ayat al Quran.

Peniaga tersebut bahkan memberi amaran agar tidak terus mendedahkan taktik pelaris yang digunakan peniaga kerana ia dianggap seolah-olah cubaan menutup periuk nasi mereka.

“Salam dik, Maaflah kalau mesej ni kacau adik. Akak rasa adik tak patut kongsi cara nak tahu kedai ada pelaris atau tak, sebab kesian orang macam akak ni, nak-nak niaga.

“Akak mengaku ada pakai pelaris tapi guna ayat al-Quran. Tapi tak eloklah buat begini. Boleh lari pelanggan kedai makan.

“Sejak adik ni femes dekat FB, tak rasa bersalah ke kongsi benda-benda hok bulih tutup periuk nasi orang lain,” katanya.

Baca Artikel Penuh