“Aku ceraikan isteri sebab mulut adik-beradik aku sendiri, bila dia kahwin lain barulah aku sedar…”

Oleh MAISARAH AISYA

Jagalah hati pasangan yang sah terlebih dahulu sebelum keluarga, janganlah menambah api dengan membiarkan suami atau isteri dibuli keluarga.

Apatah lagi jika isteri tidak pernah melawan dan mengikut sahaja kehendak keluarga suami walaupun makan hati.

Seorang lelaki berkongsi kisah kesilapan diri yang memilih untuk mendengar kata adik beradik yang dengan lantang menghina dan mengkritik bekas isterinya.

Maruah isteri tanggungjawab suami

“Aku cuma nak berkongsi kisah aku supaya jangan ada yang mengulangi kesilapan sama. Aku berkahwin muda. Seawal usia 21 tahun.

Aku dan isteri aku sebaya. Aku bangga punyai isteri yang cantik, lemah-lembut, pengetahuan agama yang tinggi dan bersopan santun.

Baca Artikel Penuh