Bila perkahwinan berlandaskan nafsu semata, tak terkejut jika ada yang mencari pasangan lain untuk memuaskan diri.
Tidak kiralah lelaki taua perempuan, zaman kini kedua-duanya curang walaupun sudah ada pasangan yang halal.
Seorang wanita berkongsi bahawa dia terlanjur dengan kawan baik suami sendiri selepas suaminya dipenjarakan.
“Saya guna Facebook (FB) kawan. Saya berumur 35 tahun, telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata lelaki berumur 10 tahun dan yang kecil tujuh tahun.
Saya boleh dikatakan cantik kerana ada darah campuran cina siam. Seorang suri rumah sepenuh masa dan tidak bekerja selepas kahwin.
Hidup pula hanya bergantung sepenuhnya pada pendapatan suami. Suami saya telah dikenakan hukuman penjara atas ksalahan dadah pada tahun 2017.
Atas kelakuan baiknya lima bulan lepas dia telah dibebaskan. Masalah saya sekarang ni, saya dah mengandung tujuh bulan lebih. Suami tak tahu usia sebenar kandungan saya.
Anak yang saya kandungkan ini bukan benih daripada suami saya sebaliknya benih kawan baik dia.
Selama suami di penjara, kawan baik dia sentiasa menjaga dan mengambil berat kebajikan saya serta anak-anak.
Makan pakai kami terjaga kerana suami ada berpesan pada kawan dia. Sekiranya apa-apa terjadi pada dirinya bantu dan jaga keluarga dia elok-elok.
Jadi kawan baik dia jaga kami dengan baik. Jaga saya dari segi zahir dan batin.
Keinginan saya sentiasa dipenuhi dan layanan kawan baik suami membuatkan saya wanita paling bahagia di muka bumi.
Memang terbaik dan saya berasa amat puas sekali. Berlainan sekali dengan layanan suami pada saya.
Atas kelekaan dan keasyikan itu saya disahkan hamil. Kawan baik suami tidak menjalankan tugas dia menjaga saya dan anak-anak bila mana suami telah dibebaskan.
Suami tak tahu waktu dia dibebaskan saya dah mengandung dua bulan. Sebab masa dia keluar penjara, memang dia kerjakan saya setiap masa.
Maklumlah dah lama berpuasa. Jadi suami sangka kandungan ini adalah benih dari dia. Kawan baik suami ada pesan supaya rahsiakan dari pengetahuan suami.
Masalah saya sekarang ni perlu atau tidak saya beri tahu suami tentang status kandungan saya atau perlu saya diamkan sahaja.
Saya sayang suami saya dan saya juga rindukan belaian kawan baik suami. Apa yang terbaik dan patut saya lakukan sekarang. Saya betul-betul buntu.