Anak tak hadir majlis graduasi, Fizi Ali mahu bawa Shakilla Khoriri ke muka pengadilan

Oleh WAN SITI AMINAH

Kemelut antara penyampai radio Hot FM, Fizi Ali bersama bekas isterinya iaitu pelakon sensasi, Shakilla Khoriri nampaknya masih belum berakhir.

Memasuki episod baharu, pemilik nama sebenar Mohd Hafizudin Alimudin itu tidak teragak-agak untuk membawa ibu kepada anak gadisnya itu ke muka pengadilan.

Perkara ini dipercayai berpunca daripada kejadian di hari graduasi pra sekolah anak mereka berdua iaitu Ameena Sofia di mana kanak-kanak itu gagal menghadirkan diri.

Lebih memburukkan keadaan, segala usaha Fizi untuk menghubungi anak gadisnya melalui Shakilla juga tidak berhasil apabila pelakon tersebut enggan memberi respon.

Oleh yang demikian, Fizi akhirnya membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat peguam supaya masalah tersebut dapat dibawa ke mahkamah syariah, lapor Mstar.

“Saya akan bawa ke muka pengadilan. Saya juga tidak boleh komen lanjut sebab bimbang ia akan menganggu siasatan.

“Peguam juga nasihatkan supaya saya tidak bercakap tentang perkara ini. Apabila ada tindakan lanjut nanti saya akan maklumkan,” kata Fizi memetik laporan Mstar.

Tular di media sosial, Fizi sebelum ini berjaya mencuri tumpuan ramai selepas meluahkan kekesalannya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Membawa sejambang bunga untuk meraikan hari graduasi Ameena, Fizi kecewa apabila kelibat anaknya tidak kelihatan di pra sekolah yang terletak Cyberjaya itu.

Tidak lagi dapat bersua muka dengan anaknya, Fizi juga mendakwa Shakilla enggan membalas pesanan di aplikasi Whatsapp dan gagal menjawab panggilan telefonnya.

“Daddy tunggu-tunggu Ameena dekat tempat graduasi. Ameena tidak muncul-muncul. Tidak apa, Allah ada. Selamat bergraduasi Ameena. 

“Sepatutnya kita raikan dekat Tambun, nanti kita ganti balik ya. Kasihan awak, penat-penat berlatih tunjuk dekat daddy dan mama. Tetapi awak tidak ada hari ini.

“Daddy tidak tahu awak dekat mana sekarang ini. Awak jaga diri sayang,” tulis Fizi di ruangan kapsyen hantarannya bersama gambar memaparkan bunga graduasi.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla Khoriri mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Fizi kemudian mencipta kejutan apabila mengumumkan pernikahan keduanya dengan usahawan, Siti Zulaikha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor pada 23 Oktober lalu.

Baca juga: Rossa Sera bekas isteri Syuk Sahar selamat bertunang dengan jejaka pilihan, minta doa yang baik-baik