Anwar sahkan selesai isytihar harta

Oleh KIM SYAZIE

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengisytiharkan asetnya sebagai syarat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, pengisytiharan hartanya sedikit lewat kerana beliau perlu menandatangani surat sumpah di hadapan peguam atau Pesuruhjaya Sumpah.

“Sudah sudah, selesai dah…cuma tempoh hari saya belum tandatangan kerana saya belum pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya berada di Johor, saya baru sampai pagi ini untuk tandatangani. Pengisytiharan harta saya sudah pun siap,” katanya kepada media selepas program ‘Ada Apa Dengan Korupsi’ dekat Bangsar hari ini.

Sebahagian besar daripada 72 calon PKR telah menyiarkan pengisytiharan aset mereka pada Isnin lalu.

Sebelum ini, media turut melaporkan penyataan pengisytiharan harta oleh Anwar Ibrahim masih belum dikemaskini sebagai calon yang bertanding pada PRU15

Baca Artikel Penuh