Apa maksud kod nombor pada bungkusan daging? Ini rujukannya senang dah nak beli lepas ini

Oleh KIM SYAZIE

Ramai pengguna mungkin pernah perasan terdapat nombor tertentu pada plastik bungkusan daging di pasar raya, namun tidak semua mengetahui maksud di sebaliknya.

Hakikatnya, nombor tersebut merujuk kepada kod potongan daging yang membantu mengenal pasti bahagian lembu serta ciri teksturnya sama ada lembut, berlemak atau lebih pejal.

Sebuah laman Facebook Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami berkongsi kepada orang ramai apa maksud kod nombor yang tertera pada setiap bungkusan daging.

Sebagai contoh, antara daging yang ditunjukkan ialah Allana Striploin 46. Kod 46 merujuk kepada potongan batang pinang luar, iaitu bahagian daging yang terkenal dengan teksturnya yang lembut serta mempunyai sedikit lemak, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan.

Kami kongsikan gambar di bawah dan penjelasan.

Kod 46 merujuk kepada potongan batang pinang luar, iaitu bahagian daging yang terkenal dengan teksturnya yang lembut serta mempunyai sedikit lemak, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
Kod 11 merujuk kepada potongan daging di bawah perut, Kurang lemak dan urat. Sesuai untuk masakan jenis kari, gulai, rebus, singgang dan masak kicap.
Kod 42 merujuk kepada potongan daging pada bahagian paha belakang. Teksturnya pejal dan sedikit liat. Sesuai untuk dimasak rendang, kari, gulai, rebus dan singgang.
Kod 64 adalah antara yang paling popular. Ia adalah potongan daging di bahagian bahu dan paha depan. Tekstur tebal dan lembut. Sesuai untuk masak sup daging, rendang, Briyani dan Kurma.

Baca juga: Tiada elemen kongsi gelap, terguris hati jadi punca rumah Cikgu Chandra diserang