“Asalkan bayi sihat, tak kisah jantina” – Respons Fattah Amin selepas bakal timang cahaya mata

Oleh MAISARAH AISYA

Semalam penyanyi Amira Othman mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung bersama suaminya pelakon Fattah Amin.

Fattah meluahkan rasa syukur dengan pengumuman isterinya yang kini usia kandungan 30 minggu lapor Astro Gempak.

“Alhamdulillah, segalanya sudah terjawab. Dan saya tumpang rasa syukur kerana bakal dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Soal jantina, saya tidak kisah asalkan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan urusan bersalin nanti dipermudahkan.

“Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya seperti dipetik Gempak

Amira ketika disoal mengenai jantina hanya memberikan jawapan sama untuk memaklumkan ia pada masa bersesuaian.

“Soal jantina saya tidak tahu lagi kerana belum buat imbasan. Tetapi apa apa jantina pun saya dan suami terima dan bersyukur asalkan sihat,” katanya.

Baca juga: “Kandungan saya sudah 7 bulan..” – Amira Othman