Seorang wanita di Indonesia selamba masukkan pil paracetamol ke dalam masakan atas tujuan melembutkan daging.
Kononnya ia adalah satu petua yang dipelajarinya untuk jadikan daging lebih lembut lapor portal Okezone.
Menurut mereka yang meninggalkan komen, cara tersebut memang kerap digunakan, iaitu memasukkan sebeiji pil paracetamol ke dalam masakan.
Rupanya ia mampu membahayakan kesihatan dalam jangka panjang, seorang pengamal perubatan tampil memperjelas hal tersebut.
Menurut pengguna TikTok, Ayman Alatas, tindakan itu berbahaya kerana paracetamol menjadi toksik apabila terkena haba masakan.
“Apabila masakan dipanaskan, akan berlakunya proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun,” kata Ayman.
Malah tindakan yang dilihat biasa itu juga boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang berbahaya.
“Zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh.
“Jadi, orang ramai dinasihat jangan menggunakan paracetamol dalam masakan. Apatah lagi jika kebiasaan ini dilakukan selama bertahun-tahun,” jelasnya.
Pengamal perubatan tersebut turut menyarankan agar orang ramai menggunakan bahan semula jadi untuk melembutkan daging seperti nanas.
Ramai mempersoal di mana wanita tersebut mendapat tip pelik itu malah ada yang mendengarnya buat pertama kali.
“Saya baru tahu petua melembutkan daging guna paracetamol.
“Dari manalah mereka mendapat idea untuk masak daging menggunakan paracetamol,” kata pengguna lain,” antara komen netizen.
Baca juga: Seminggu tak masuk dapur dan masak untuk keluarga, Nabila Huda rasa gagal jadi perempuan