Bekalan durian luar biasa banyak, peniaga Singapura jual murah-murah, ‘Musang King cuma RM32 sebiji’

Oleh KIM SYAZIE

Durian di Singapura dijual dengan harga paling rendah iaitu S$10 (RM32.43) sekilogram ekoran bekalan durian dari Malaysia yang meriah dan luar biasa banyak.

Seorang peniaga memberitahu, harga untuk durian Musang King kini sekitar S$10 untuk sebiji durian yang mempunyai gred buah lebih rendah dan S$10 untuk satu kilogram (kg) bagi buah lebih berkualiti.

Memetik laporan Agensi, para peniaga di negara itu mendapatkan durian dengan harga murah di Malaysia menyebabkan harga raja buah itu kini dijatuhkan.

Baca Artikel Penuh